Friday, January 16, 2009

Fee Listing di Turbo Lister

Posted by SuduKarat

Salam,

Harini aku mula gunakan Turbo Lister untuk listing item untuk dijual di www.eBay.com, ramai yang kata Turbo Lister adalah platform free terbaik untuk listing di ebay.com dengan cepat. Maka aku pun mencuba la untuk memudahkan aku listing barang aku ke ebay.com dan duplicate ke ebay.com.uk dan ebay.com.au serta tidak dilupakan ebay.com.my

Maka aku belajar la serba sedikit dan buat listing pertama, tetiba aku terkezut bero sebab...... tengok image di bawah;

Nih Fee di Turbo Lister

Nih dari email pengesahan dari eBay.com

Erm... korang perasan tak? apa yang aku musykil ni. Fee di Turbo Lister RM 0.54 = US $0.15 manakala email pengesahan hanya US $ 0.08 = RM 0.27 .... dua kali ganda tu. Mak eh apa yang tak kena ngn Turbo Lister ni. Betul ke free?? Bila aku semak di Invoice kat ebay.com... korang guess what?? RM 0.54 yang di 'charge'... ni boleh membuatkan aku marah dan aku sedang pening ni... kene rujuk otai ngn masalah ni.

Posts Relacionados:

Thursday, January 15, 2009

SuduKarat

Posted by SuduKarat

Salam,

Byk orang tanya napa aku guna nick SuduKarat?? wehehehe biasanya nama yng kita guna tu mencerminkan diri kita ye tak?? Harini mungkin sudukarat esok lusa kalau jadi sudukilat maksudnya aku dah ''berjaya". Berjaya dalam apa pulak ni... setiap manusia nk berjaya ye tak..
aku nk berjaya dalam:

1. Berjaya menjadi suami dan bapa yang sempurna (hehe skang ni kene perbaik lagi la)
2. Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat (akhirat la paling penting, kene sedar tu)
3. Berjaya dalam perkara yang aku ceburi ( amik kerjaya aku skang la)
4.......................................................???? adeh nnti klu aku terpikir aku tmbah la.

Takpe la sudukarat pun sudukarat la.. aku suka apa nak kesah. Kalau orang tak suka takpe...
Harini ada thread dibuka atas nama "sudukarat" ni kat forum jabatan aku.. bangga gak aku ada thread dibuka atas nama aku nih... walaupun forum tak besar aku nk bangga gak. ahhahaha nih link forum tu kalau nk jenguk.
Forum AADK

Posts Relacionados:

Wednesday, January 14, 2009

Google Adsense

Posted by SuduKarat

Salam,

Sebut pasal Adsense ni aku macm dah fed-up lak.. dulu aku penah ada Google Adsense dalam masa sebulan lebih.. earn dalam masa tu ada la USD 114.03. Semangat sungguh aku masa tu sebb Adsense aku buat duit.. So aku truskan berblogging utk tingkat traffic ke blog aku. Mana tau sambil kita menjalankan hobi dengan berblog dalam diam ada pendapatan masuk tanpa kita sedar dengan Adsense ni. Selang beberapa hari aku gembira tu sambil tunggu abes bulan nak claim 1st USD 100 tetiba aku Login ke Adsense account then... ada perkataan "Account Disabled" Weh apa ni Google... apa aku buat ni ko blocked lak account ni. Reasonnya "Invalid Click Activity" adehhh.. remuk harapan.

Siasat2 punya siasat rupanya member aku sorang yg sesama wat Adsense cukup rajin click kat blog aku rupanya... patot la. Boleh bankrupt Advertisers Adsword camni.... Aku wat Appeal pun tak lepas... aku try registered akaun baru pon takleh gak. So aku terpaksa tinggalkan Adsense ngn hampa lebih kurang 8 bulan lepas.....

Wah.... panjangnya mukadimah... heheheh sebenarnya nk cerita arini aku apply balik Adsense pakai nama wife aku. Hope lulus la... aku wat kat opis agar berbeza IP supaya Pakcik Google takleh detect. Aku hanya perlukan 1 akaun Adsense yang sah.... klu lulus azam aku nk buat 100-200 blog untuk publish adsense ni... tema blog aku tak piker lagi. Ada idea sesikit la.

Kenapa tetiba aku nk berAdsense balik ni... sebenarnya aku jeles tgk member aku terima cheque dr Google sebanyak USD 200. Aku nk gak.... aku harap lulus la kali ni. Meh doa sesama...

Posts Relacionados:

Tuesday, January 13, 2009

Barang ku dah sampai dr Hong Kong

Posted by SuduKarat

Salam,


Wahahaha tak sangka lak aku beli barang dari Hong Kong, pelik gak ni.... nape nk beli mousepad kat sane lak. Kat sini punye la byk jual.

Sebenarnya aku menjual mousepad ni anta kat US.. so bila aku anta ke customer aku nk la gak tgk cane brg yang aku anta tu.. so aku order 1 ketoi utk diriku. Bebarang yg aku jual tak penah pun aku simpan kat umah stoknye. Sume supplier yg uruskan dr penyimpanan sampai ke penghantaran.. dan semuanya di Hong Kong.. Kat mane aku meniaga yerk?? kat www.eBay.com la.... Erm nampaknya servis baik la supplier ni.. penghantaran amik masa 5-6 hari dah sampai umah aku. Place order pada 7 Jan 2009 dan harini 13 Jan 2009 dah sampai umah. Jom tengok contoh bungkusan aku terima...
Bungkusan (Guna Air-Mail tu patut la cepat)

Ni la mousepadnye (sama seperti yang customer order, jiwang sep design)

Ok la.. aku nk tido ni.. sesapa berminat nk join meniaga di eBay gak.. aku cadangkan dapatkan panduan di link ni. Ku sendiri pun memulakan bisnes ni dari membaca panduan ni.. so mulakan langkah anda....



Posts Relacionados:

Wednesday, December 31, 2008

Berhati-hati dengan sebutan Mxxxy Ch**tmas

Posted by SuduKarat

Salam,

Harini aku terima satu email yang menyebut perkara ni.. mungkin secara tak perasan sebelum ni kita secara tak sengaja menyebut perkataan tersebut. Apa yang aku maksudkan sila baca dibawah :

Jika ada antara kita telah terlepas kata-kata sama2 la kita beristighfar.... Sekian

Posts Relacionados:

Sunday, December 28, 2008

Pakar IT Masa Depan

Posted by SuduKarat

Salam,


Anak aku baru pandai mengesot sambil meniarap sekarang ni. Umur dia skang 5bulan 2minggu. Apa yang beshnya.. kagum btul dia dengan laptop aku ni... tak boleh dibiarkan, mouse nak ditelan, suma keyboard aku kene tekan.. kan besh kalau biar dia tekan keyboard tu tetiba ada 18K dalam akaun aku.. hahahhaha

Ha tengok la tu.. bukan boleh dibiarkan...

Muka tak bersalah la tu....

Wahhh.. buat apa tu??

Boleh kenyang ke Cik Jasmin

Posts Relacionados:

Saturday, December 6, 2008

Raya Korban....

Posted by SuduKarat

Salam,

Tahun ni kali pertama raya kami tak balik ke johor... kenapa lak ye. erm... last month kami dah balik 2 kali setiap 2minggu. semalam ade perasaan nk balik.. tp sebb dah lewat pikerkan hal tu, firm je la ngn keputusan asal so kami tak balik la.

Mari kita berkorban......... nih nk g potong lembu ehehheh














Selamat Hari Raya Korban semua......................

Posts Relacionados:

By Dicas Blogger e C�digos Blog