Monday, May 25, 2009

Ceritaku di hari Isnin....

Posted by SuduKarat

Salam,

Hahhahaha, aku ketawa dulu.... cam aku dah jual la... aku ketawa sebb tak sabar nk angkut Canon 50D as my wishlist. InsyaAllah kalau tade halangan aku beli minggu nih, sedang mengumpul.. Alhamdulillah 2 minggu nih income dari ebay agak positif dan tu yang membantu aku kumpul fund utk angkut 50D tu... kalau nak harap duit gaji, mungkin tidak.. banyak perkara perlu ditimbangkan sebelum buat keputusan ni....

Papehal aku akan cuba belajar lagi dan menghasilkan shots yang terbaik dari weapon terbaru aku nanti.. walau camne pon, ebay tetap ebay. hardcore ebay la skang... wahahahhaha

SOLD!!!!

Skang ni team kitorang plan utk jual barang fizikal and mempunyai stok, tapi supplier dr Hong Kong masih pilihan.... mane la tau tak panjang umur supplier aku tu.. nak jual ape nnti. So kene la cari barangan tempatan untuk dijual international, arap omputih tu suka la barangan kita ni... Merujuk kepada brangan kita ni, aku de la jumpa beberapa seller tempatan yang jual 100% barangan tempatan cam jual batik, baju kelawar, kaftan, poskad malaysia and mereka semua title POwer Seller di ebay. Apa aku nk sampaikan nih??? Mereka menjual pada international dan ramai pembeli. Oleh itu omputih suka beli brang kita nape kita sendiri tak support barangan kita???? Persoalan.....

Posts Relacionados:

Wednesday, April 29, 2009

My Wishlist......

Posted by SuduKarat

Salam,


Hobi baru skang ni.... sambil ber-ebay kita mesti ada hobi juga ye tak? Berminat tgk gambar-gambar yang orng amik buat aku tergerak hati nk bermain dengan butang shutter lak sekarang ni, so beli la seketul D-SLR bagi beginner cam aku nih Canon 1000D EF-S 18-55mm kit + EF 75-300mm 1:4-5.6 USM (add up untuk teropong bulan, nak tangkap gambar alien)

Hanya sebagai hobi, tak berniat utk freelance or pape.. tapi kalau ada peluang nk gak try. hahahhah cane nak mula??? aku tade idea...
And my Wishlist!!

Canon 50D / Nikon D90


Posts Relacionados:

Tuesday, April 21, 2009

Lamanya tak updated

Posted by SuduKarat

Salam semua,

aku rasa dah 3 bulan aku tak updated blog ni... hahahha lame sep.
bz betul ngn ebay.. takpe biar busy asal masyuk.. nih aku lalu je, nnti ada masa kita share sesama pasal pengalaman ebay aku ya

Posts Relacionados:

Monday, January 19, 2009

Lembaran Baru Bersama eBay

Posted by SuduKarat

Salam,

Baca tajuk tu suspen je... apa jadi ngan aBay akaun aku sebelum ni? Alhamdulillah masih lagi selamat tidak disuspend.. doakan agar ianya kekal begitu. Nak cerita pasal kene suspend akaun ni.. member aku tadi tghari call beritahu yang akaun dia kene suspend kerana dia jual barang yang 'Violation Trademark" apa dia jual ye? T-Shirt Harley Davidson.. dia peram item tu dah 2 minggu dalam store dia. Maka aku dengan sepantas cheetah 'End Auction' untuk item yang sama. Silap2 aku nye akaun lak kene suspend...

2 hari lepas aku ada beritahu aku buka lagi 1 akaun backup eBay ni atas profile berbeza.. beza untuk kali ni aku buka store juga. Malam ni berjaya listing lebih kurang 120 item.

Kenapa perlu ada store? Listing fee utk store hanya US $0.03 setiap item manakala US $0.18 - $ 0.55 (tahap aku la) bagi Auction. Kalau item lebih mahal maka lebih la dia punye fee.. so aku sekarang maintain 2 akaun. Agak sukar kerana kene bergerak underground (bawah radar eBay) takut dorg detect lak aku de 2 akaun dengan 1 IP Address... caranya biarlah rahsia ye.. ahahhaha

Ok skang dah kul 1.43 pagi.. ku nak tido dulu. Salam semua...

Posts Relacionados:

Sunday, January 18, 2009

Debaranku Bersama eBay

Posted by SuduKarat

Salam,

Erm harini adalah hari paling kurang senang bagi aku kerana akaun eBay aku macam telur di hujung tanduk....

Malam tadi aku terima message dari customer utk relist balik satu barang kerana die terlepas utk bid semasa auction dijalankan: message nya

Hi! I missed the auction on the emmet cullen pillow case, will you be relisting? thx! Maureen :)

- reenie228 )


maka dengan yakin aku pon menjawab seperti ini....

Ok I will be Relist it Right Now.. But if u want it fast.. email me @ mie_fxs@yahoo.com (i mean outside) n make a payment via that email add.. and i'll shipped it's tomorrow..

Alamak masalah besar ni... policy eBay dah terang nyatakan kita tak boleh ajak customer deal diluar.. menyedari perkara itu dalam masa 1 minit kemudian aku revised message tu dengan message ni :

Dear reenie228,

Sorry for my message before this, i think i can't do it like that.

I need to protect my account here, i'll be relist the item u ask again.

Very sorry for my mistake..

Walaupun aku dah revised, belum tentu eBay.com akan consider. Bila-bila masa je akaun aku boleh kene suspend.. adehh dah la penat aku majukan reputation aku ngn akaun ni utk kumpul positive feedback customer. Aku leh lak terlepas type benda ni. Tp dalam masa sama aku dah ready 1 akaun paypal n eBay baru if account kene suspend. Nampaknya kene mula balik la.. Sib baik dah ada untung ngn akaun ni.

Nanti aku updated apa akan berlaku seterusnya... aku risau ni.....

Posts Relacionados:

Friday, January 16, 2009

Fee Listing di Turbo Lister

Posted by SuduKarat

Salam,

Harini aku mula gunakan Turbo Lister untuk listing item untuk dijual di www.eBay.com, ramai yang kata Turbo Lister adalah platform free terbaik untuk listing di ebay.com dengan cepat. Maka aku pun mencuba la untuk memudahkan aku listing barang aku ke ebay.com dan duplicate ke ebay.com.uk dan ebay.com.au serta tidak dilupakan ebay.com.my

Maka aku belajar la serba sedikit dan buat listing pertama, tetiba aku terkezut bero sebab...... tengok image di bawah;

Nih Fee di Turbo Lister

Nih dari email pengesahan dari eBay.com

Erm... korang perasan tak? apa yang aku musykil ni. Fee di Turbo Lister RM 0.54 = US $0.15 manakala email pengesahan hanya US $ 0.08 = RM 0.27 .... dua kali ganda tu. Mak eh apa yang tak kena ngn Turbo Lister ni. Betul ke free?? Bila aku semak di Invoice kat ebay.com... korang guess what?? RM 0.54 yang di 'charge'... ni boleh membuatkan aku marah dan aku sedang pening ni... kene rujuk otai ngn masalah ni.

Posts Relacionados:

Thursday, January 15, 2009

SuduKarat

Posted by SuduKarat

Salam,

Byk orang tanya napa aku guna nick SuduKarat?? wehehehe biasanya nama yng kita guna tu mencerminkan diri kita ye tak?? Harini mungkin sudukarat esok lusa kalau jadi sudukilat maksudnya aku dah ''berjaya". Berjaya dalam apa pulak ni... setiap manusia nk berjaya ye tak..
aku nk berjaya dalam:

1. Berjaya menjadi suami dan bapa yang sempurna (hehe skang ni kene perbaik lagi la)
2. Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat (akhirat la paling penting, kene sedar tu)
3. Berjaya dalam perkara yang aku ceburi ( amik kerjaya aku skang la)
4.......................................................???? adeh nnti klu aku terpikir aku tmbah la.

Takpe la sudukarat pun sudukarat la.. aku suka apa nak kesah. Kalau orang tak suka takpe...
Harini ada thread dibuka atas nama "sudukarat" ni kat forum jabatan aku.. bangga gak aku ada thread dibuka atas nama aku nih... walaupun forum tak besar aku nk bangga gak. ahhahaha nih link forum tu kalau nk jenguk.
Forum AADK

Posts Relacionados:

Wednesday, January 14, 2009

Google Adsense

Posted by SuduKarat

Salam,

Sebut pasal Adsense ni aku macm dah fed-up lak.. dulu aku penah ada Google Adsense dalam masa sebulan lebih.. earn dalam masa tu ada la USD 114.03. Semangat sungguh aku masa tu sebb Adsense aku buat duit.. So aku truskan berblogging utk tingkat traffic ke blog aku. Mana tau sambil kita menjalankan hobi dengan berblog dalam diam ada pendapatan masuk tanpa kita sedar dengan Adsense ni. Selang beberapa hari aku gembira tu sambil tunggu abes bulan nak claim 1st USD 100 tetiba aku Login ke Adsense account then... ada perkataan "Account Disabled" Weh apa ni Google... apa aku buat ni ko blocked lak account ni. Reasonnya "Invalid Click Activity" adehhh.. remuk harapan.

Siasat2 punya siasat rupanya member aku sorang yg sesama wat Adsense cukup rajin click kat blog aku rupanya... patot la. Boleh bankrupt Advertisers Adsword camni.... Aku wat Appeal pun tak lepas... aku try registered akaun baru pon takleh gak. So aku terpaksa tinggalkan Adsense ngn hampa lebih kurang 8 bulan lepas.....

Wah.... panjangnya mukadimah... heheheh sebenarnya nk cerita arini aku apply balik Adsense pakai nama wife aku. Hope lulus la... aku wat kat opis agar berbeza IP supaya Pakcik Google takleh detect. Aku hanya perlukan 1 akaun Adsense yang sah.... klu lulus azam aku nk buat 100-200 blog untuk publish adsense ni... tema blog aku tak piker lagi. Ada idea sesikit la.

Kenapa tetiba aku nk berAdsense balik ni... sebenarnya aku jeles tgk member aku terima cheque dr Google sebanyak USD 200. Aku nk gak.... aku harap lulus la kali ni. Meh doa sesama...

Posts Relacionados:

Tuesday, January 13, 2009

Barang ku dah sampai dr Hong Kong

Posted by SuduKarat

Salam,


Wahahaha tak sangka lak aku beli barang dari Hong Kong, pelik gak ni.... nape nk beli mousepad kat sane lak. Kat sini punye la byk jual.

Sebenarnya aku menjual mousepad ni anta kat US.. so bila aku anta ke customer aku nk la gak tgk cane brg yang aku anta tu.. so aku order 1 ketoi utk diriku. Bebarang yg aku jual tak penah pun aku simpan kat umah stoknye. Sume supplier yg uruskan dr penyimpanan sampai ke penghantaran.. dan semuanya di Hong Kong.. Kat mane aku meniaga yerk?? kat www.eBay.com la.... Erm nampaknya servis baik la supplier ni.. penghantaran amik masa 5-6 hari dah sampai umah aku. Place order pada 7 Jan 2009 dan harini 13 Jan 2009 dah sampai umah. Jom tengok contoh bungkusan aku terima...
Bungkusan (Guna Air-Mail tu patut la cepat)

Ni la mousepadnye (sama seperti yang customer order, jiwang sep design)

Ok la.. aku nk tido ni.. sesapa berminat nk join meniaga di eBay gak.. aku cadangkan dapatkan panduan di link ni. Ku sendiri pun memulakan bisnes ni dari membaca panduan ni.. so mulakan langkah anda....



Posts Relacionados:

By Dicas Blogger e C�digos Blog